Anda kini sudah mempunyai pendapatan dan ingin memberikan duit belanja kepada ibu bapa anda. Tetapi anda tidak tahu nak bagi berapa ringgit. Adakah perlu banyak atau sebaliknya?
Sebelum kita tengok berapa yang perlu diberikan duit belanja kepada parents, kita tengok dahulu adakah menjadi perkara wajib kepada anak-anak untuk memberi duit atau nafkah kepada ibu bapa kita.
Jadi menurut perkongsian daripada bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zukifli Mohamad Al-Bakri, beliau ada kongsikan memberi nafkah kepada ibu bapa adalah tidak wajib atas seorang anak kecuali dalam dua keadaan iaitu:
- Ibu bapanya miskin dan memerukan bantuan
- Anda mempunyai lebihan harta selepas nafkah diberikan kepada keluarga sendiri
Oleh itu, sekiranya anda ingin juga memberikan duit belanja bulanan disebabkan ada lebihan harta, boleh sahaja anda berikan kepada ibu bapa anda. Tapi nak beri berapa?
Berapa Nak Beri Duit Belanja Kepada Ibu Bapa?
1) Beri Ikut Kemampuan
Beri duit kepada ibu bapa ini, bukan perlu setiap bulan, lebih-lebih lagi kepada yang sudah berumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri. Keutamaan pastinya adalah kepada keluarga sendiri iaitu pada isteri dan anak.
Tapi jika ibu bapa memang susah dan tidak berpendapatan, anda perlu beri duit belanja bulanan kepada ibu bapa untuk mereka makan minum serta membeli keperluan harian. Beri sekadar yang mampu sahaja.
2) Guna Formula 10% Daripada Gaji
Sebagai contoh, jika gaji anda RM3,000, maka 10% daripada nilai tersebut adalah RM300 dan boleh diberikan kepada parents. Jika gaji RM1,500, 10 peratus adalah RM150. Kalau RM10,000, boleh bagi RM1000.
Tak sikit dan tak terlalu banyak, tapi dapatlah untuk mengurangkan beban mereka atau mereka boleh gunakan duit tersebtu untuk beli barang dan keperluan harian.
3) Beri Sedebuk Ketika Hari Raya
Mungkin anda antara anda tidak berikan duit secara bulanan, jadi mungkin boleh terus beri banyak atau sedebuk masa Hari Raya. Boleh juga disekalikan dengan duit raya kan.
Mungkin ketika itu, boleh kirakan duit tersebut kalikan dengan 12 bulan yang juga sama nilai jika anda berikan secara bulanan. Tips, boleh bagi pada malam sebelum Raya, sedekah Ramadan besar pahalanya kan.