Perkahwinan merupakan satu detik istimewa dalam hidup setiap individu. Namun, hakikatnya, kos untuk berkahwin di Malaysia semakin meningkat. Oleh itu, merancang dan mengamalkan teknik simpan duit untuk kahwin sangat penting agar perjalanan menuju hari bahagia lebih tenang tanpa beban kewangan.
Kenapa Perlu Menyimpan Awal untuk Kahwin?
Menyimpan duit untuk perkahwinan bukan sekadar soal bajet, tetapi juga soal ketenangan jiwa. Berikut sebab utama anda perlu mula menyimpan dari awal:
- Kos perkahwinan yang tinggi – Majlis perkahwinan sederhana kini boleh mencecah RM15,000 hingga RM30,000.
- Elak berhutang – Ramai pasangan muda terpaksa berhutang akibat tidak cukup simpanan.
- Persediaan kehidupan selepas kahwin – Perlu ada simpanan untuk rumah, perabot, dan perbelanjaan harian selepas berkahwin.
Tetapkan Matlamat Simpanan Kahwin
Langkah pertama dalam teknik simpan duit untuk kahwin ialah menetapkan matlamat yang jelas.
1) Kenal Pasti Jumlah Kos Perkahwinan
- Senaraikan anggaran kos seperti:
- Hantaran
- Barang hantaran
- Baju pengantin
- Dewan atau pelamin
- Makan kenduri
- Fotografi
- Kad jemputan
- Tambahkan 10% untuk kos tersembunyi.
Contoh: Jika kos dianggarkan RM20,000, simpanan sasaran sepatutnya sekitar RM22,000.

2) Tetapkan Jangka Masa Menyimpan
Contohnya, jika ingin berkahwin dalam 2 tahun dan sasaran simpanan ialah RM22,000:
RM22,000 ÷ 24 bulan = RM916.67 sebulan
Teknik Simpan Duit yang Praktikal
Selepas mengetahui jumlah yang perlu dikumpul, gunakan teknik berikut untuk mencapai sasaran.
1) Guna Kaedah 50/30/20
Kaedah ini membahagikan pendapatan bulanan seperti berikut:
- 50% untuk keperluan (makan, sewa, bil)
- 30% untuk kehendak (hiburan, shopping)
- 20% untuk simpanan – dan simpanan ini boleh disalurkan ke tabung kahwin.
BACA JUGA : Tips Menabung RM10 Sehari
2) Simpan Duit Secara Automatik
- Aktifkan auto-debit ke akaun simpanan khas perkahwinan setiap kali gaji masuk.
- Guna aplikasi perbankan untuk tetapan mudah.
- Contoh bank dengan fungsi simpanan automatik seperti yang ada pada aplikasi MAE by Maybank
3) Simpan Duit dalam Tabung Khas
Jika tidak mahu guna bank:
- Guna tabung fizikal yang tak boleh dibuka sehingga penuh.
- Label tabung sebagai “Tabung Kahwin Bersama Si Dia” agar lebih bermotivasi.

Pilihan Simpanan Berfaedah dan Mesra Tunai
Untuk mengembangkan lagi simpanan anda, adalah lebih baik letak dalam intrument atau tempat yang mampu memberikan lebih pulangan atau ‘dividen’ yang diberikan setiap bulan. Antaranya :
1) Akaun Simpanan Tetap (Fixed Deposit)
- Memberi pulangan 2.5% – 3.5% setahun.
- Tempoh fleksibel (3, 6 atau 12 bulan).
- Sesuai untuk mereka yang tak mahu risiko.
2) Simpanan Emas
- Nilai emas cenderung meningkat dalam jangka masa panjang.
- Boleh dijual semula sekiranya perlukan tunai segera.
- Platform disyorkan: Public Gold, GAP (Gold Accumulation Program), MIGA-i Maybank dan sebagainya.
3) Akaun Pelaburan Syariah (ASB/ASN)
- Pulangan lebih tinggi dari akaun biasa (sekitar 4%-5%).
- Modal dijamin dan mudah dikeluarkan.
- Hanya untuk Bumiputera.
Kurangkan Perbelanjaan Tidak Perlu
Salah satu cara terbaik untuk menyimpan ialah dengan mengawal perbelanjaan.
1) Gaya Hidup Sederhana
- Kurangkan makan luar, elakkan kopi mahal setiap hari.
- Banding harga sebelum membeli.
- Guna promosi atau diskaun bila beli barang.
2) Tangguh Perbelanjaan Besar
- Tangguh beli telefon baru atau gajet jika tidak mendesak.
- Elakkan tukar kereta sebelum kahwin kecuali benar-benar perlu.
Jana Pendapatan Sampingan untuk Tambah Simpanan Kahwin
Jika gaji bulanan tidak mencukupi untuk menyimpan, pertimbangkan untuk menjana pendapatan tambahan.
1) Freelance atau Servis Kecil-kecilan
- Jadi penulis, pereka grafik, editor video di platform seperti Fiverr, Upwork.
- Ambil upah fotografi, edit Canva, baking, menjahit atau make-up hujung minggu.
BACA JUGA : Cara Mulakan Bisnes Bakeri Di Rumah
2) Jual Barang Preloved
- Jual barang tidak digunakan di Carousell, Shopee, atau Mudah.my.
- Boleh juga jual pakaian, buku atau gajet lama.
3) Sertai Program Affiliate
- Sertai program affiliate seperti Shopee, Lazada, Involve Asia.
- Kongsi link produk dan terima komisen jika orang beli melalui link anda.
BACA JUGA : Klik Sini Untuk Mula Join Affiliate Shopee
Ramai pasangan muda terpaksa ambil pinjaman peribadi untuk menampung majlis, tetapi ini perlu dielakkan jika boleh.
4) Bahaya Berhutang untuk Kahwin
- Komitmen kewangan selepas kahwin akan bertambah.
- Boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga jika ada tekanan kewangan.
- Bunga pinjaman peribadi tinggi (7% hingga 18% setahun).
5) Rancang Majlis Ikut Kemampuan
- Tidak perlu ikut trend mewah.
- Utamakan keberkatan dan kesederhanaan.
- Majlis kecil atau nikah sahaja dahulu pun memadai jika belum mampu.
Guna Aplikasi untuk Bantu Urus Simpanan Kahwin
Teknologi boleh bantu anda lebih disiplin dalam menyimpan. Antara yang anda boleh gunakan seperti MAE by Maybank yang menyediakan ciri ‘Tabung’ untuk tujuan khusus. Selain itu, boleh juga guna aplikasi Money Lover untuk catat perbelanjaan dan sasaran simpanan. Boleh juga guna Takaful App uruskan duit kahwin
Tips Motivasi untuk Kekal Konsisten Menyimpan
Menyimpan memerlukan disiplin dan motivasi. Berikut beberapa cara agar anda tidak cepat berputus asa.
1. Simpan Bersama Pasangan
- Wujudkan satu akaun bersama khas untuk simpanan kahwin.
- Saling ingatkan dan galakkan antara satu sama lain.
2. Visualisasi Matlamat Anda
- Letak gambar cincin, dewan kahwin, atau baju pengantin sebagai ‘wallpaper’ telefon untuk ingatkan matlamat.
- Buat “vision board” untuk hari perkahwinan impian anda.
3. Raikan Pencapaian Kecil
- Setiap kali capai milestone, contohnya RM1,000 pertama, raikan dengan sederhana seperti makan malam bersama.
Simpan Duit untuk Kahwin Adalah Tindakan Bijak
Teknik simpan duit untuk kahwin memerlukan disiplin, perancangan dan kerjasama. Dengan merancang dari awal, anda bukan sahaja dapat mengelakkan hutang, malah membina asas kewangan yang kukuh untuk kehidupan selepas berkahwin. Ingat, perkahwinan yang diberkati bukanlah yang paling mahal, tetapi yang paling bersedia.