Mungkin kadang kala kita tak sedar sebenarnya ada kesilapan kewangan yang sering kita lakukan. Kita semua tahu, mengurus kewangan bukanlah perkara yang mudah, terutamanya jika belum cukup ilmu berkaitan dengannya.
Lepas kita dah dapat gaji, mungkin kita rasa dah cukup bijak untuk mengurus segalanya terutama melibatkan kewangan. Dalam tidak sedar, rupanya ada perkara yang kita terlepas pandang.
Jadi jom kita bincang tentang 5 kesilapan kewangan yang sering dilakukan tanpa kita sedar. Sebaiknya, kalau boleh elakkanlah dan jangan biarkan ianya terus terjadi.
5 Kesilapan Kewangan Yang Sering Dilakukan
Apakah kesilapan-kesilapan tersebut?
1. Tidak Mempunyai Simpanan Mahupun Tabung
Menabung perlukan dilakukan walaupun dalam amaun atau jumlah yang kecil. Ianya adalah lebih baik berbanding dengan tidak menambung sama sekali.
Jadi, jalan penyelesaian untuk kesilapan ini adalah dengan buatlah simpanan dan tabungan agar tidak terbeban dengan masalah kewangan di masa hadapan.
Persedian awal perlu dilakukan terutamanya degnan menyediakan tabung kecemasan dan persaraan.
2. Berbelanja Lebih Daripada Pendapatan
Ini mungkin kesilapan yang paling biasa kita dengar terutamanya bagi yang baru bekerja atau nilai gaji yang masih rendah.
Bila gaji masuk, rasa macam jadi jutawan sekejap. Tengok semua benda, rasa perlu dibeli tanpa berfikir panjang. Jadi selepas dapat gaji, sebaiknya buat kira-kita terlebih dahulu dan sekiranya ada wang berlebihan, barulah boleh belanja.
3. Mempunyai Lebih Daripada 1 Kad Kredit
Pengawalan dan pengurusan kad kredit yang tidak betul akan dapat membebankan penggunanya walaupun ia sebenarnya dapat membantu dalam meningkatkan skor kredit.
Jadi adalah lebih baik, asingkan perbelanjaan setiap bulan agar lebih selamat. Manakala, hutang kad kredit pula perlulah dilunaskan setiap akhir bulan supaya lebih sistematik dan selamat dikenakan caj tambahan.
4. Beli Kereta Tanpa Alasan Munasabah
Pembelian kereta baru sebenarnya boleh jadi kepada satu pembaziran. Ini kerana, harga pasaran akan jatuh 10% sebaik sahaja anda dapat kereta tersebut.
Sebagai contoh, jika anda membelanjakan RM80,000 untuk kenderaan baru, anda telah kehilangan RM8,000 pada bulan pertama, diikuti 20% pada tahun pertama.
Sebagai alternatif tidak salah untuk anda membeli kereta yang masih terpakai iaitu masih lagi dalam keadaan baik untuk tempoh 3-4 tahun. Ini sekali gus dapat membantu menyelamatakn kewangana anda.
5. Belum Ada Kesedaran Untuk Melabur
Sebagai contoh, jika anda melabur RM1,000 dengan faedah kompaun sebanyak 6% setiap tahun selama 20 tahun, anda akan memperolehi pulangan melebihi 80% apabila anda mencapat usia 50 tahun.
Pelaburan perlu dibuat pada usia muda agar memperolehi pulangan yang lebih daripada pelaburan dan ini merupakan salah satu langkah yang bijak. Bermula daripada sekarang.
Perancangan kewangan memang boleh jadi rumit, akan tetapi dengan sedikit perancangan dan ilmu serta disiplin, sedikit sebanyak boleh dielakkan daripada melakukan kesilapan.
Jika anda ingin belajar lagi tentang tips kewangan, boleh juga dapatkan buku panduan ini. Ingat, ilmu itu perlu dicari. Dengan ilmu juga, dapat membantu kita mengenal pasti masalah dan cara untuk menyelesaikannya dengan baik.