Kita akan hidup dari satu hari ke satu hari dan terus ke hadapan. Tidak akan kembali dan toleh masa lalu. Jadi jangan bazirkan masa muda anda begitu sahaja tanpa memanfaatkan sebaiknya terutama dalam kewangan.
Masa muda inilah, anda perlu dapatkan pelbagai sumber pendapatan. Isi tabung kecemasan anda sehingga penuh. Cukupkan ilmu dengan buat pelbagai pelaburan untuk kesenangan masa hadapan.
Jadi dikongsikan 5 tips kewangan yang anda boleh praktikkan terutamanya untuk orang muda yang mungkin baru masuk ke alam pekerjaan atau baru mula nak tempuh kehidupan dewasa.
5 Tips Kewangan Untuk Orang Muda
1. Pelbagaikan Sumber Pendapatan
Masa muda inilah, anda boleh cuba pelbagai pekerjaan sekali gus memperbanyakkan sumber pendapatan atau sources of income. Jangan bergantung pada satu sumber semata-mata.
Selain itu, kenalpasti jenis-jenis pendapatan yang ada seperti active income, side income, passive dan portfolion income. Setiap jenis ini juga, perlukan usaha yang berlainan.
2. Tabung Kecemasan
Di usia muda ini, adalah sebaiknya penuhkan terlebih dahulu 6 bulan tabung kecemasan bagi kegunaan di masa yang tidak dijangka. Dengan adanya tabung kecemasa ini, ianya tidak akan menggangu gaji yang anda peroleh.
3. ‘Ukur Baju Dibadan Sendiri’
Orang muda, anda perlu ingat, mestilah hidup di bawah kemampuan, bukan dalam kemampuan, apatah lagi di atas kemampuan. Jangan terjebak dengan budaya ‘flex culture’ bagi memuaskan hati orang lain.
Jika gaji anda RM2000, hidup dibawah kemampuan. Jangan berbelanja lebih, semata-mata untuk menunjukkan anda hidup dalam kemewahan. Jangan bangdingkan dengan orang lain.
4. Elakkan Berhutang
Adalah sebaiknya, anda tidak berhutan. Sekiranya perlu, jangan terjebat dengan hutang jahat seperti personal loan dan kad kredit. Risau akan memakan diri anda kelak.
Good debt is a powerful tool, but bad debt can kill you
5. Tambah Ilmu Kewangan
Segala tips ini tidak bermakna, sekiranya anda tidak faham dan tiada ilmu tentangnya. Jadi masa muda inilah, anda perlu cari ilmu sebanyakknya termasuk dalam ilmu kewangan.
Sebagai cadangan, anda boleh dapatkan buku Bergaji & Pokai. Pelbagai tips kewangan yang anda boleh dapatkan. Sebuah perkongsian menarik daripada sisi penulis sendiri. Dapatkan disini.