Anda sedang merancang untuk bercuti dalam masa terdekat? Sebelum itu, pastikan anda susun terlebih dahulu anggara kos atau bajet, supaya anda tidak pening kerana over budget atau duit habis selepas itu.
Bercuti memerlukan dana tambahan dan strategi perjalanan agar anda tidak terlalu boros. Ada cara anda boleh menikmati percutian tetapi tetap menyenangkan.
Jadi sini, dikongsikan beberapa tip urus bajet perbelanjaan agar anda tidak kehabisan wang ketika bercuti atau selepas pulang daripada bercuti pada kemudian hari.
8 Tips Urus Bajet Sebelum Bercuti
1. Susun Jadual Cuti
Mungkin ada yang mengatakan, bercuti telah menjadi keperluan, apa lagi bagi mereka yang memang hobi sukan ‘berjalan’ atau bercuti.
Jika anda termasuk dalam golongan ini, ketepikan dana percutian secara rutin daripada pendapatan setiap bulan kerana dalam satu tahun, anda mungkin akan bercuti selalu.
Jika anda bercuti hanya sesekali, sebaiknya tetapkan bajet beberapa bulan sebelum bercuti. Percutian secara spontan akan mengakibatkan bajet lebih besar berbanding percutian yang terancang.
2. Tetapkan Lokasi, Waktu Berlepas Dan Tempoh Perjalanan
Antara perkara yang paling besar untuk menguruskan bajet percutian adalah kos penginapan dan kos pengangkutan. Sebelum menyusun anggaran ini, pastikan terlebih dahulu tujuan, masa berlepas dan tempoh perjalanan.
Jangan memilih destinasi kerana pengaruh orang lain. Pilihlah destinasi kerana anda benar-benar ingin pergi dan sesuai dengan bajet dan poket sendiri. Jangan memaksa diri memilih waktu berlepas dalam musim cuti.
Pada masa seperti ini, pengangkutan dan penginapan kebiasaanya akan mencanak naik. Mahal!

3. Insurans Perjalanan
Sangat penting untuk mempunyai keselamatan ketika bercuti dan antaranya adalah dapatkan insurans atau takaful perjalanan.
Saat memilih insurans, lihatlah apa yang anda perlukan dan pertimbangkan jenis percutian anda tersebut.
Anda mungkin tidak berfikir akan melakukan kegiataan aktiviti lasak atau ekstrim, tetapi untuk beberapa syarikat insurans menganggap menunggang kuda sebagai sukan ekstrim.
Jadi pastikan insurans menjamin setiap aktivti anda.
4. Pengangkutan
Pilih pengangkutan yang sesuai dengan anggaran dan perancangan perjalanan. Anda boleh menggabungkan beberapa jenis pengangkutan sepanjang percutian.
Misalnya, boleh pergi dengan menggunakan train atau kereta api, kemudian pulang dengan kapal terbang dan sebagainya.
5. Penginapan & Makanan
Selain penginapan dan pengangkutan, bajet makan juga adalah penting ketika bercuti. Dengan kreativiti dan perancangan, anda boleh menjimatkan wang dengan membeli makanan yang mahal.
Dalam menentukan tempat tinggal, fikirkan kemungkinan booking tempat tinggal yang dilengkapi dapur yang lengkap untuk memasak. Kebiasaan, homestay adalah pilihan yang tepat. Hotel selalunya tidak membenarkan untuk memasak.
Tetapkan bajet untuk membeli bahan-bahan mentah untuk anda memasak. Namun, dalam masa yang sama boleh juga tetapkan juga kos untuk nikmati makanan tempatan di negara yang anda lawati.
6. Internet
Selalulah untuk semak harga tiket pengangkutan dan penginapan di Internet. Mungkin dalam tidak sedar, ada pakej diskaun atau promosi yang ditawarkan untuk masa terhad.
Sekarang segala pembelian sama ada untuk penginapan atau pengangkutan boleh dilakukan secara online sahaja. Tidak perlu lagi untuk buat tempahan secara manual.
Jadi sekiranya anda sudah buat pilihan, segeralah buat tempahan. Kemungkinan juga, harga tersebut akan menjadi mahal pada hari yang lain terutamanya jika buat tempatan tiket kapal terbang.
7. Wang Tunai Atau Cash
Elakkan membawa cash atau wang tunai dalam jumlah yang banyak. Semakin sedikit wang yang dibawa, semakin sedikit risikonya. Wang tidak semestinya dibawa secara tunai.
Anda juga boleh menggunakan pembayaran menggunakan kad debit atau kad kredit yang mana tidak memerlukan cash pun. Untuk lebih jimat, anda boleh dapatkan Wise, bagi pengeluaran cash di mesin ATM seluruh dunia.
8. Cenderahati
Memilih cenderahati biasanya membuat anda akan gelap mata ketika berbelanja. Jika terpaksa, belilah hanya untuk keluarga dan orang terdekat sahaja.
Sediakan senarai nama terlebih dahulu. Jika sudah selesai membeli-belah mengikut senarai nama yang dibuat, segera tinggalkan gerai cenderahati tersebut bagi mengelakkan lebih banyak budget burst.
Diharap perkongsian tips urus bajet sebelum bercuti ini bermanfaat untuk anda. Jika anda sekadar bercuti dalam negara sahaja, mungkin kos bukanlah perkara utama.
Tetapi jika anda terbang ke luar negara, tips-tips ini sangat penting untuk anda ikuti bagi mengelakkan perbelanjaan anda terlebih, sekali gus akan memberikan kos perbelanjaan yang tinggi ketika bercuti.