Nama Warren Buffett tidak asing lagi dalam dunia pelaburan. Dikenali sebagai “Oracle of Omaha”, beliau adalah antara pelabur tersohor dunia dengan kekayaan mencecah berbilion dolar. Namun, ramai tak tahu bahawa kejayaannya bermula dengan pelaburan awal seawal usia 11 tahun!
BACA JUGA : Kisah Hidup Sederhana Seorang Jutawan
Pada tahun 1941, Warren Buffett membeli saham pertamanya – 3 unit saham syarikat Cities Services – pada harga $38 setiap satu. Tidak lama kemudian, harga saham jatuh ke $27. Namun, beliau tetap sabar menunggu dan akhirnya menjual saham tersebut pada harga $40. Walaupun untung sedikit sahaja, pengalaman ini memberikan pengajaran besar iaitu ‘kesabaran sangat penting dalam pelaburan’.
Yang menariknya, selepas menjual saham itu, harga naik mendadak ke $200! Dari situ, Buffett sedar bahawa kesabaran dan fokus jangka panjang adalah kunci dalam dunia pelaburan. Inilah prinsip yang terus dibawanya hingga menjadi antara pelabur paling berjaya sepanjang zaman.
Pelajaran penting dari kisah ini? Lagi awal anda mula melabur, lagi besar potensi pulangan jangka panjang. Masa adalah aset paling berharga dalam pelaburan kerana ia membolehkan anda manfaatkan kuasa kompaun (compounding).
Jadi, tak kisah anda umur berapa sekarang – mulakan pelaburan dengan ilmu dan strategi yang betul. Jangan tunggu jadi kaya baru nak melabur, sebaliknya melaburlah untuk jadi kaya.
Sumber : buffet.cnbc.com